sejarah johor
Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 801 M sebagai suatu petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahanKesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula salah sebuah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah , Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bentan di Johor. Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II, anakanda Sultan Mahmud Shah pada tahun 1528 dimana wilayah jajahan yang diperintah oleh kerajaan ini ialah Johor, Riau, wilayah yang terbentang dari sungai Klang hingga keLinggi dan Tanjung Tuan, Muar, Batu Pahat, Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur semenanjung Tanah Melayu serta Kepulauan Karimun, Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota Baru, Kampar dan Siak diSumatera.[1][2]
Pada tahun 1946, negeri Johor menjadi sebahagian daripada Malayan Union. Dua tahun kemudian, Johor menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
Di Bentan, Sultan Mahmud Shah mengumpulkan semula semua askarnya dan menyerang Melaka beberapa kali dan membuat sekatan perdagangan. Portugis merana kerana banyak serangan dilakukan oleh Sultan Mahmud Shah. Beberapa percubaan untuk menewaskan askar-askar Sultan Mahmud Shah dilakukan. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra di mana baginda mangkat. Baginda meninggalkan dua orang putera iaitu Tengku Muzaffar Shah dan Tengku Alauddin Riayat Shah.[petikan diperlukan]
Muzaffar Shah seterusnya menjadi Sultan Perak manakala Alauddin Riayat Shah menjadi sultan Johor yang pertama.Kesultanan Johor juga dikenali sebagai "Kesultanan Johor-Riau-Lingga".
No comments:
Post a Comment