music

Monday, 6 July 2015

sabah

Sejarah sabah




Sabah adalah salah satu daripada 13 negeri yang terdapat diMalaysia dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang terbesar di dunia. Di sebalik status sebagai salah satu negeri di Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, Filipinameletakkan tuntutan yang sangat aktif terhadap bahagian timur Sabah, di mana Malaysia telah menolak ia sebagai "bukan isu".[6]Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Sabah juga sering dirujuk sebagai "Negeri di Bawah Bayu" kerana kedudukan negeri tersebut yang sangat strategik di bawah laluan angin monsun.

Etimologi

Asal-usul nama "Sabah" dikatakan kurang jelas, dan terdapat banyak teori yang telah timbul. Salah satu contoh teori ialah ketika Sabah masih dibawah pemerintahan Kesultanan Brunei, ia dirujuk sebagai Saba kerana kehadiran pisang saba, nama sejenis pisang yang dinamakan 'pisang Saba' oleh masyarakat Bajau keranapisang tersebut banyak sekali ditanam di sekitar pantai barat Sabah , pisang ini juga dikenali sebagai 'pisang menurun' oleh masyarakat tempatan di kawasan berkenaan yang mana terdapat perbezaan di antara 'pisang Saba' dan pisang lain yang terdapat di sekitar Kepulauan Borneo. Disebabkan juga lokasi Sabah yang berhubung dengan Brunei, ianya telah dikatakan bahawa Sabah adalah perkataan Melayu Brunei yang bermaksud hulu[7] atau sebelah utara sungai.[8] Satu lagi teori mengatakan bahawa ia datang dari Sabak, perkataan Melayu yang ertinya tempat di mana gula kabung diekstrak. Sabah juga merupakan perkataan Arabyang bermaksud matahari terbit. Kehadiran pelbagai teori ini menjadikan ia sukar untuk menentukan asal sebenar nama negeri ini.[9]

No comments:

Post a Comment