music

Monday, 6 July 2015

hari guru

selamat hari guru


















SKDT

Sejarah skdt





            Sekolah pertama di Durian tunggal tidak dapat dipastikan dengan tepat. Mengikut rekod JPM, sekolah yang mula-mula sekali didirikan ialah di Solok Bukit Balai, pada tahun 1860. Sekolah ini merupakan sebuah bangsal yang dibina di tepi sungai berhampiran dengan rumah Datuk Sidang Hussin sekarang.           Beberapa tahun kemudian, sekolah ini dirobohkan dan digantikan pula dengan dua buah sekolah baru, sebuah sekolah lelaki dan sebuah sekolah lagi khas untuk perempuan. Sekolah lelaki didirikan di pekan Durian Tunggal (di belakang bangunan kedai MARA sekarang) manakala sekolah perempuan bertempat di Solok Padang Kerbau (di kawasan masjid Durian Tunggal). Sekolah perempuan ini kemungkinan terpaksa ditutup kerana kurang mendapat sambutan. Pelajar perempuan di sekolah itu dipindahkan ke sekolah lelaki di pekan Durian Tunggal.          Pada 30 Dis 1929, sebuah sekolah baru siap dibina oleh kerajaan di Solok Padang Kerbau dan diberi nama Sekolah Melayu. Semua murid yang belajar di sekolah pekan itu telah dipindahkan ke sekolah baru ini dan menjadikan pelajarnya seramai 150 orang.        Selepas negara kita mencapai kemerdekaan, nama sekolah ini telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Durian Tunggal. Sebuah bangunan tambahan telah dibina kerana bilangan pelajar semakin bertambah. Bangunan yang diberi nama Sekolah B itu dibina pada tahun 1964. Ianya telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Tun Ghafar Bin Baba (Ketua Menteri Melaka pada masa itu) pada 2 disember 1964.  Bangunan Baru ini mempunyai 3 bilik darjah dan sebuah pejabat Guru Besar.         Pada tahun 1978, sebuah lagi bangunan tambahan (blok C) didirikan disebabkan oleh halangan yang timbul, bangunan ini hanya  dapat disiapkan pada tahun 1983, ianya mengandungi 4 bilik darjah, 3 stor, sebuah bilik guru, sebuah bilik pejabat, dan dua buah tandas murid.        Dengan  pembinaan rumah awam peringkat satu dan dua di kawasan berhampiran, bilangan murid sekolah ini telah meningkat. Hingga hampir 500 orang. Memandangkan kekurangan kelas untuk menampung bilangan murid yang bertambah itu, maka satu blok bangunan baru 4 tingkat didirikan pada tahun 1989 dan mula digunakan pada bulan disember tahun itu juga Bangunan 4 tingkat ini mengandungi sebuah pejabat, termasuk bilik Guru Besar dan guru, 13 buah bilik darjah, perpustakaan, bilik TV, surau, bilik cetak dan sebuah bilik sains.

sabah

Sejarah sabah




Sabah adalah salah satu daripada 13 negeri yang terdapat diMalaysia dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo, iaitu pulau ketiga yang terbesar di dunia. Di sebalik status sebagai salah satu negeri di Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, Filipinameletakkan tuntutan yang sangat aktif terhadap bahagian timur Sabah, di mana Malaysia telah menolak ia sebagai "bukan isu".[6]Ibu negeri Sabah ialah Kota Kinabalu, yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton. Sabah juga sering dirujuk sebagai "Negeri di Bawah Bayu" kerana kedudukan negeri tersebut yang sangat strategik di bawah laluan angin monsun.

Etimologi

Asal-usul nama "Sabah" dikatakan kurang jelas, dan terdapat banyak teori yang telah timbul. Salah satu contoh teori ialah ketika Sabah masih dibawah pemerintahan Kesultanan Brunei, ia dirujuk sebagai Saba kerana kehadiran pisang saba, nama sejenis pisang yang dinamakan 'pisang Saba' oleh masyarakat Bajau keranapisang tersebut banyak sekali ditanam di sekitar pantai barat Sabah , pisang ini juga dikenali sebagai 'pisang menurun' oleh masyarakat tempatan di kawasan berkenaan yang mana terdapat perbezaan di antara 'pisang Saba' dan pisang lain yang terdapat di sekitar Kepulauan Borneo. Disebabkan juga lokasi Sabah yang berhubung dengan Brunei, ianya telah dikatakan bahawa Sabah adalah perkataan Melayu Brunei yang bermaksud hulu[7] atau sebelah utara sungai.[8] Satu lagi teori mengatakan bahawa ia datang dari Sabak, perkataan Melayu yang ertinya tempat di mana gula kabung diekstrak. Sabah juga merupakan perkataan Arabyang bermaksud matahari terbit. Kehadiran pelbagai teori ini menjadikan ia sukar untuk menentukan asal sebenar nama negeri ini.[9]

Friday, 3 July 2015

sajak

Sajak persaraan guru


SALAM PERPISAHAN

kini,hatiku tergores kesedihan
ketika terucap salam perpisahan 
walau air mataku tak berlinang
bukan berarti suatu kerelaan

saat-saat langkah terayun
jarak kita pun semakin membentang
akankah semuanya jadi terkenang
atau hanyut terbawa gelombang
bahkan mungkin terkubur oleh waktu dan keadaan.

sayu,dalam hatiku ini
akan tetap membekas suatu kenangan
kau sungguh baik,prihati serta berwawasan tinggi
sesiapapun mengenalmu pasti merindui

namun untukku janganlah kau biar kan
akan ku kelai lemas dalam kehampaan
kerana rasa sayu yang tidak ku harapkan..

mat salleh

SEJARAH mat salleh



Datu Mat Salleh, lebih dikenali dengan mudah sebagai Mat Salleh, merupakan pejuangSabah yang terkenal dalam penentangan yang hebat terhadap penjajahan British di Sabah. Beliau pernah mengisytiharkan daerah Tambunan sebagai daerah di bawah kekuasaannya.
Mat Salleh ialah anak kedua dalam sekeluarga empat adik-beradik daripada suku Î’ajau dan Ð…uluk. Ibunya daripada suku Bajau dan ayah, Datu Bulu merupakan pemimpin tempatan berbangsa Suluk. Abangnya bernama Ali, sedangkan adik-adiknya bernama Badin dan Bolong. Isteri Mat Salleh yang bernama Dayang Bandang berasal daripada keluarga Kesultanan Sulu dan berkampung di PengalabanPaitan.

Perjuangan

Datu Mohammad Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.
Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kampung Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896.
Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Syarikat Berpiagam Borneo Utara bermula pada bulan Julai 1897. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni di Ambong.
Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh. Seterusnya pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan tentera yang lebih besar.
Mat Salleh terpaksa mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.
Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluhtidak dapat ditembusi peluru. Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan-bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.
Tidak lama kemudian, pihak Kompeni menawarkan perdamaian dan Mat Salleh bersetuju, walaupun ditentang orang-orangnya. Tetapi pada 1899, Kompeni cuba mengambil alih Tambunan daripada Mat Salleh dan menyebabkan peperangan tercetus kembali.
Dan akhirnya pada 31 Januari 1900, kota Mat Salleh tumbang akibat serangan hebat Kompeni yang berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh. Dan peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.
Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu, tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti, 'Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya'.
Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi pada kaca mata rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan. Bagaimanapun, terdapat sebilangan rakyat tempatan terutama di kalangan keturunan penduduk yang mempunyai sejarah pernah bertempur atau berperang dengan pihak Mat Salleh, yang tidak mengiktiraf Mat Salleh sebagai pahlawan apatah lagi pejuang kemerdekaan kerana Mat Salleh dikatakan berjuang untuk kepentingan diri dan kumpulannya sahaja dan bukan secara menyeluruh.

rentap

sejarah rentap



Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam sejarah Sarawak. Dia merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada pemerintahan Raja Putih James Brooke.Rentap mendapat pengalaman berperang daripada pernyertaannya dalam ekspedisi-ekspedisi perang yang diketuai oleh Orang Kaya Pemamcha Dana "Bayang" terutamanya ke kawasan-kawasan di sekitar muara Batang Kapuas di Kalimantan Barat, Indonesia. Rentap telah dilantik sebagai seorang "ayam sabong" (ketua pahlawan) oleh Dana "Bayang". Sewaktu salah satu expedisi ini, Dana "Bayang" letah memperolehi sebuah meriam besar yang dinamakan "Bujang Timpang Berang" yang dicatatkan tahun 1515 daripada pihak Belanda sementara Rentap telah terkenal dengan keberaniannya melawan dan mengalahkan musuh sebuah perahu dan berjaya merampas sebilah keris berhulukan emas daripada seorang putera diraja.

Penentangan Rentap

Pada 19 Ogos 1844 di Karangan Peris dalam daerah Skrang, Libau RENTAP bersama pasukannya telah ulung kalinya bertempur dengan pasukan Rajah James Brooke dan Captain Keppel daripada Tentera Laut DiRaja Inggeris. Pada pertempuran ini, antara yang terkorban daripada pasukan Brooke ialah Datu Patinggi Ali dan pasukan perisiknya dari Sarawak yang telah mara duluan daripada pasukan utama kecuali hanya seorang yang masih hidup dan seorang Inggeris bernama George Steward.
Selepas pertemburan di Beting Maru, pemerintah Brooke telah membina sebuah kubu di Nanga Skrang dengan tujuan menyekat pergerakan orang-orang Skrang ke arah Batang Lupar dan seterusnya keluar ke Laut China Selatan untuk bekerjasama dengan Linggir "Mali Lebu" dari Paku dan Aji Apai Limba dari Padeh bagi mengamalkan kegiatan mengayau kepala manusia dan membeli barangan keperluan seperti garam atau menetang pemerintahan Brooke di Sarawak pada ketika itu.
Pada awal tahun 1853, Rentap telah mengetuai pasukan orang Iban yang menyerang pasukan Brooke di kubu Nanga Skrang yang diketuai oleh William Brereton. Berlakulah pertempuran yang sengit di antara kedua-dua pihak di Lintang Batang. Semasa pertempuran itu, seorang menantu Rentap bernama Layang telah membunuh Alan Lee denganlembingnya dan Willima Brereton telah tercedera tetap masih dapat melarikan diri. Rentap dengan segera membawa pasukannya pulang ke ulu Sungai Skrang. Walau bagaimanapun, pengikut Brooke kemudiannya telah membinasa dan membakar 20 buah rumah panjang tempat kediaman para pengikut Rentap.
Dengan itu, Rentap terpaksa berundur dan membina tempat kediaman di Sungai Lang iaitu di hulu Sungai Skrang. Semasa mempertahankan kubu ini, pasukan Rentap telah melaung-laungkan semangat perjuangan mereka yang kental iaitu "Agi Bedarah, Agi Ngelaban” yang bermaksud "Selagi masih berdarah, Selagi itulah melawan" dan slogan yang paling terkenal hingga ke hari ini ialah “Agi Idup, Agi Ngelaban” yang bermaksud "Selagi Hidup, Selagi itulah melawan". Ada beberapa orang dari pasukan Brooke yang mara menghampiri kubu Rentap telah ditembak dan terkorban. Namun angkatan Brooke berjaya menyerang rumah panjang Rentap ini pada Ogos 1854 kerana tembakan meriam merobohkan pagar kayu di sekeling rumah mereka dan pasukan Rentap hanya ada bedil kecil sahaja untuk membalas tembakan meriam. Rentap sendiri telah tercedera semasa pertempuran ini. Jadi, Rentap dengan sebilangan pengikut beliau berundur dan membina kubu di sebuah bukit yang bernama Bukit Sadok.
Kubu Bukit Sadok ini sukar untuk ditakluki kerana kedudukannya di atas puncak bukit yang tinggi dan dikelilingi oleh tebing-tebing curam yang sukar untuk didaki. Juga hanya ada satu jalan sempit di atas gaung yang begitu dalam untuk sampai ke kubu Rentap ini. Sekeliling kubu ini diperkuatkan oleh pagar kayu tebelian yang keras dan setebal dua kaki. Rentap juga ada sebatang meriam yang besar untuk mepertahankan kotanya, yang dikenali sebagai "Bujang Timpang Berang". Meriam ini telah dibawa oleh rakan seperjuangannya iaitu Aji Apai Limba yang merupakan anak kepada Orang Kaya Pemancha Dana "Bayang". Aji telah terkorban ditembak oleh pasukan Brooke di Sungai Langit sebelum menyerang Rentap di kubunya di Bukit Sadok.
Kerajaan Brooke telah membuat tiga percubaan untuk menangkap Rentap di Bukit Sadok. Cubaan pertama adalah dalam Jun 1857. Semasa serangan ini, seorang anggota pasukan Brooke yang bernama Abang Aing telah ditembak dan terpaksa dibawa turun ke bawah bukit. Melihat kejadian ini, pasukan Rentap telah menjerit kegembiraan dan memukul gong mereka.
Dalam tahun 1858, pasukan Brooke buat kedua kalinya menyerang kubu Rentap di atas Bukit Sadok tetapi tembakan meriam mereka tidak dapat menembusi pagar kubu Rentap. Jadi, pasukan Rentap telah melaungkan dengan megahnya kepada pasukan Brooke untuk membawa meriam yang lebih besar lagi pada masa akan datang.
Namun pada tahun 1861, barulah serangan pasukan Brooke yang ketiga kalinya berjaya menguasai Bukit Sadok setelah membawa sebuah meriam besar yang dikenali sebagai "Bujang Sadok" untuk menembak dan merobohkan pagar kubu Bukit Sadok. Sebelum pertempuran ini, pasukan Brooke telah menawarkan pengampunan kepada abang-abang arwah Aji yang telah ditembak mati oleh pasukan Brooke di Sungai Langit iaitu Nanang dan Luyoh supaya mereka menyerah diri dan dihukum membayar 40 biji tempayan rusa. Tawaran yang sama dicadangkan kepada Rentap dengan denda 12 biji tempayan, musnahkan kubu Bukit Sadok dan meninggalkan kubu itu dengan segera. Tetapi Rentap menolak tawaran ini walaupun telah diberitahu bahwa pasukan Brooke ada membawa sebuah meriam yang besar kali ketiga ini. Semua wanita dan kanak-kanak telahpun diarahkan untuk meninggalkan kubu tersebut. Semasa pertempuran dengan pasukan Brooke, seorang pengendali meriam Rentap dan beberapa rakannya telah terkorban kerana terkena tembakan meriam pasukan Brooke. Seterusnya, kubu dan rumah tempat kediaman Rentap dan orang-orangnya dibakar oleh pasukan Brooke pada 20 Oktober 1861.
Tetapi Rentap telah berundur ke Bukit Lanjak Entimau yang menjadi punca-punca air Batang Skrang, Lemanak dan Engkari. Kemudian beliau turun ke Ulu Entabai iaitu sebuah sungai cawangan kepada Sungai Kanowit dan Julau di mana beliau membina sebuah kubu di Bukit Stulak. Pada usia tuanya, Rentap dan pengikutnya berpindah ke Bukit Sibau iaitu kawasan yang terletak di Ulu Wak, Pakan. Beberapa tahun kemudian, Rentap meninggal dunia di situ pada usia lebih kurang 70 tahun. Mayat dan keranda Rentap tidak ditanam dalam tanah seperti biasa tetapi diletakkan dalam sebuah pondok sebagai tanda hormat kepada seseorang yang dianggap seorang pahlawan dan bangsawan. Setelah daging mayat beliau telah habis reput, tulang-tulang kerangka beliau telah disimpan di dalam tempayan oleh kerabat keluarga beliau. Inilah tanda pernghormatan yang paling tinggi untuk seseorang yang telah berjasa.
Rentap merupakan pejuang sejati kerana beliau tidak pernah tunduk kepada pemerintahan Brooke sehingga ke akhir hayatnya. Sehingga ke hari ini makam pahlawan Rentap telah di baik pulih oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasanya. Beliau meninggal dunia pada tahun 1863.

Wednesday, 1 July 2015

johor

sejarah johor


Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 801 M sebagai suatu petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahanKesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula salah sebuah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah , Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bentan di Johor. Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II, anakanda Sultan Mahmud Shah pada tahun 1528 dimana wilayah jajahan yang diperintah oleh kerajaan ini ialah JohorRiau, wilayah yang terbentang dari sungai Klang hingga keLinggi dan Tanjung TuanMuarBatu PahatSingapuraPulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur semenanjung Tanah Melayu serta Kepulauan Karimun, Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota Baru, Kampar dan Siak diSumatera.[1][2]
Pada tahun 1946, negeri Johor menjadi sebahagian daripada Malayan Union. Dua tahun kemudian, Johor menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
Di Bentan, Sultan Mahmud Shah mengumpulkan semula semua askarnya dan menyerang Melaka beberapa kali dan membuat sekatan perdagangan. Portugis merana kerana banyak serangan dilakukan oleh Sultan Mahmud Shah. Beberapa percubaan untuk menewaskan askar-askar Sultan Mahmud Shah dilakukan. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh negeri Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatra di mana baginda mangkat. Baginda meninggalkan dua orang putera iaitu Tengku Muzaffar Shah dan Tengku Alauddin Riayat Shah.[petikan diperlukan]
Muzaffar Shah seterusnya menjadi Sultan Perak manakala Alauddin Riayat Shah menjadi sultan Johor yang pertama.Kesultanan Johor juga dikenali sebagai "Kesultanan Johor-Riau-Lingga".

SCM player

scm player


ok, pada detik ini saya nak share kan cara yang simple,senang dan mudah...untuk ape???
untuk letakkan lagu dalam blog kesayangan awak laaaa.....
xperlu nak sign in ape2...xperlu coding2 yang serabut bagai nie...wat pening jer nanti...
nak tau x?? angguk sikit eyh..hehehe..baru semangat nak share... 

STEP 1
Dashboard --> Layout --> Add a gadget --> Javascript/ HTML

STEP 2
set up untuk lagu...korang boleh pergi SCM Player.. copy paste kat new tab..= http://scmplayer.net/

STEP 3
korang pilih laa skin jenis apa yang korang nak....nanti just 'tick' pada bulatan tu tau....and tekan 'NEXT'...


second, korang boleh laa pilih lagu yang korang nak....
just type tajuk lagu and masukkan url lagu di dalam kotak yang disediakan.....
( pilih laa sebanyak mana korang nak sampai muntah laguu...huahua ) ...ehh jap, tak tau nak ambil url lagu kat mana?? ok, rujuk (di youtube)

kalau daa siap pilih, just tekan 'NEXT'...akan keluar page nie pulak..

ok, penuhkan ruang kosong tu dengan kreativiti korang...ueww.......
bilaa dah siap, korang hit jer button 'DONE'....

STEP 4
sekarang, korang boleh laa dapatkan kod untuk lagu korang tadi...just copy semua kod dalam box tu dan paste kan dalam javascript/ HTML seperti di langkah 1  tadi....



STEP 5
bila dah siap, apa lagi?? SAVE laaaa... 
selamat mencuba.. =)

yellow photography

yellow photography